BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 31, 2007

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Nabi Muhammad adalah pemimpin Umat Islam. Allah memngiktiraf Nabi Muhammad contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredaan allah dan balasan baik diakhirat. Firman Allah bermaksud " Demi sesungguhnya Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu babgi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik ) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang ) ( surah al-Ahzab,ayat 21 ).

Oleh yang demikian kita sebagai umatnya hendaklah menanamkan rasa cinta dan juga kasih sayang yang mendalam keatas baginda dengan menjadikannya contoh teladan yang baik lagi terpuji.

" SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULDUR RASUL" semoga kita mendapat keberkatan yang baik di dunia dan akhirat kelak.Amin ya Rabil alamin..

0 Comments: